Tuesday, 23 December 2014

Hello Jakarta !


Hello Jakarta

13 Disember 2014 - Bermulanya pengembaraan aku ke bumi Jakarta, Indonesia. walaupun perancangan dibuat dalam masa yang singkat aku dapat juga menyiapkan paspport dan tiket pada tepat waktunya. tujuan ke Jakarta bukan sekadar melancong je, tapi bertugas sebagai pengantara pelajar Malaysia ke Indonesia, itulah tugasku sebagai ahli yayasan. 

malang tak berbau, boarding time Airasia ke Jakarta pada pukul 620 a.m tetapi akibat kesesakan di imegersen dan kastam serta gate yang jauh aku MISS FLIGHT. bayangkan berpeluh-peluh jalan ke gate tetapi gate dah ditutup. keadaan jadi kelam kabut sikit. namun aku dapat tiket next flight pada pkul 930 a.m dan terpaksa membayar caj penukaran penerbangan dan denda. belum sampai Jakarta dan melayang duit. 

setibanya aku di Soekarno Hatta Terminal 3, keadaannya biasa sahaja, sama seperti di Malaysia, yela kerna aku tetap di bumi Nusantara tak banyak bezanya.

Sesudah sampai di Jakarta aku dijemput oleh Prof Salumun dan dihantar ke hotel di Taman Mini Indonesia Indah. Kalau di Melaka taman mini kecil saja, tapi di Indonesia teramat la besar sebesar MITC. harga hotel selama 4 hari hanya Rp 1.5 juta bersamaan Rm 500. 

14 Disember, Aku mula berjalan-jalan TMII dan aku dapat rasa yang tak akan dapat tengok semua muzium dan taman hiburan disini. 

Menara Taman Mini Indonesia Indah
Muzium Indonesia
Pemandangan dari Skylift
15 Disember - Walaupun tak habis jalan kat TMII, aku pun keluar dari TMII dan menuju ke Jakarta Pusat dan Jakarta Utara. Melawat menara Monash yang terkenal di Jakarta dan Masjid Istiqlal masjid terbesar di Indonesia.


 16 Disember - Aku pulang ke tanah air


Wednesday, 20 March 2013

Selamat Datang & Tahniah


Bahagian I

Selamat Datang. Selamat Datang. Selamat Datang.
ke MHS
kepada Badan pengawas SMK Kem Terendak

19 Mac 2013. pengawas SMKKT datang melawat Badan Pengawas MHS dengan tujuan menjadikan pengawas MHS sebagai contoh kepada pengawas sekolah mereka. 

Seronok apabila mendapat tetamu yang datang untuk melawat kami. yang dekat - dekat tak nak datang tak apa. ada yang lain yang nak melawat .Pengawas SMKKT. kami #respect anda kerana anda begitu ramah dan senang diajak berbual, sekolah mereka tak ada Ting 6 .semua macam adik-adik aku je. adik-adik perempuan pun comel yang lelaki kemas bergaya. TAPI, aku agak tak gemar bila tahu perempuan yang jadi ketua pengawas kepada sekolah yang bercampur jantina. Bukan tak layak tapi ada la sebab yang tersendiri.


Memperkenalkan Ahli Majlis Tertinggi Pengawas MHS 

 Tengok muka EVON ^-^

Memberi penerangan fungsi bilik pengawas 

Penat aku nak terang ulang2 :P 

cantikkan "office" kami 

Bahagian II

Tahniah.Tahniah. Tahniah
kepada MOHD KHAIROL REDUWAN

kerana menang tempat kedua dalam pilihanraya untuk kerusi EX-OFFICIO

18 mac 2013. sejarah baru aku apabila Ayappa mencalonkan aku sebagai ex-officio dalam majlis perwakilan pelajar. Mesti la terkejut. sebelum ni dia kata tak nak pilih setiausaha 1 atau 2. tapi aku tetap berterima kasih kepada Ayappa ok. Dan kejutan aku bertambah bila setengah jam sebelum pilihanraya bermula Ayappa kata " eh, nanti kena bagi talk tau" aku dah tak tahu nak buat apa masa tu, sudah ke penat dan pening masa tu. semasa bagi talk tu, aku hanya cakap apa yang keluar kat kepala otak aku ni. hasilnya aku gagap dan sebut ex-officio pun salah. kan teruk sangat tu berbanding dengan 5 calon yang lain, mereka dapat bagi talk jauh lebih baik daripada aku dan aku dah tak letak harapan untuk menang. 

Undian selesai. sebanyak 14 undian telah dibuang oleh pengundi dalam kalangan cikgu pensihat. Hasilnya, Nawarhusna Nadia mendapat 14 undi, AKU 7 undi, Robyn Jane 6 undi dan taufiq 1 undi .yang menariknya persaingan sengit antara tiga orang ni budak kelas aku je. Robyn duduk depan aku, Nawar duduk sebelah aku. kawan baik aku lagi tu. U6A1 memang kebanyakan mereka adalah pemimpin sekolah. em tu jela ceritanya. pengalaman yang hebat. bagi aku......

lepak-2 dengan Wanie

Kali pertama dalam hidup aku jadi pengerusi majlis

:P
Sekian